Di Batu Berendam, Melaka, kami singgah ke Phone Talk Enterprise dan bertemu dengan Miss Goh. Sebuah kedai yang sudah lama berdepan dengan perubahan dalam dunia perniagaan telefon.
Menurut dealer, sekarang nak jual telefon bukan lagi semudah dulu. Banyak jenama sudah ada saluran rasmi, malah pelanggan pun boleh terus dapatkan telefon di pusat membeli-belah.
Jadi, mereka mula melihat kepada servis yang masih diperlukan oleh masyarakat setiap hari.
Topup dan bayar bil.
Pada awalnya, pelanggan datang untuk beli topup. Dari situ, mereka mula tawarkan pula servis pembayaran bil - bil elektrik, bil air dan pelbagai bayaran lain.
“Boleh bayar macam-macam barang dekat sini. Ramai orang tua datang, jadi kita tolonglah.”
Bagi mereka, bukan sekadar tentang pendapatan. Mereka juga mahu memudahkan pelanggan, terutama golongan yang mungkin lebih selesa datang ke kedai berbanding buat semuanya sendiri secara online.
Menariknya, pelanggan juga banyak datang melalui word of mouth. Ada yang pernah guna servis ini, kemudian recommend kepada orang lain.
Dan sejak mengenali P2U, mereka kata tak perlu lagi mencari platform lain.
Satu tempat untuk topup, satu tempat untuk bayar bil, dan satu lagi cara untuk tampung pendapatan kedai.
Inilah cara Phone Talk Enterprise menyesuaikan perniagaan dengan perubahan zaman daripada bergantung kepada jualan telefon, kini mereka turut menyediakan servis yang memang diperlukan pelanggan setiap hari.

