Cara dropship berfungsi
- Anda promosi produk di WhatsApp, Facebook, TikTok atau Instagram.
- Pelanggan buat order melalui link Minishop anda, atau anda masukkan order dalam app.
- P2U bungkus dan hantar barang terus kepada pelanggan.
- Anda dapat komisen dari setiap jualan.
Anda tak perlu sewa stor, tak perlu pos barang sendiri dan tak perlu risau stok tak laku.
Kelebihan dan kekurangan dropship
| Kelebihan | Kekurangan |
|---|---|
| Tiada modal stok | Untung setiap unit lebih kecil berbanding beli borong sendiri |
| Boleh buat dari rumah | Perlu konsisten promosi untuk dapat jualan |
| Tiada risiko stok tak laku | Masa penghantaran bergantung pada pembekal |
| Banyak pilihan produk | Persaingan tinggi untuk produk popular |
Produk apa yang sesuai untuk dropship?
Pilih produk yang orang beli berulang kali dan senang diterangkan. Kategori yang laku di P2U termasuk pakaian, produk kecantikan dan kesihatan serta barang dapur. Antara produk paling laris kami ialah SB Parfum, Tropika, Onthego, Black and White, SugarBomb dan EMCO.
5 tips untuk beginner
- Mula dengan orang yang anda kenal. Kawan, keluarga dan rakan sekerja lebih mudah percaya.
- Pilih 3 hingga 5 produk dulu. Kenal produk itu betul betul sebelum tambah lagi.
- Guna gambar dan video sendiri. Testimoni jujur lebih meyakinkan dari gambar katalog.
- Post setiap hari. Status WhatsApp dan TikTok ialah tempat paling mudah untuk bermula.
- Sertai #P2UAJAR. Kelas live percuma setiap Rabu jam 9 malam.
Dropship vs beli stok sendiri
Beli stok sendiri beri untung lebih tinggi setiap unit, tetapi anda tanggung risiko barang tak laku dan perlu modal awal. Dropship sesuai untuk yang baru mula dan nak uji pasaran dulu. Bila sudah ada pelanggan tetap, anda boleh pertimbangkan beli stok. Bandingkan semua pilihan di dropship vs affiliate vs dealer.
Cara mula dropship dengan P2U
- Muat turun app P2U dari App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.
- Daftar akaun. Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran bulanan dan tiada minimum order.
- Pilih produk, kemudian kongsi link Minishop anda atau ambil order terus dari kenalan.
- P2U bungkus dan hantar barang. Anda dapat komisen.
Soalan lazim
Dropship sah di Malaysia ke?
Sah. Dropship ialah model jualan biasa. Pastikan anda jual produk yang sah dan jujur tentang produk kepada pelanggan.
Siapa uruskan return atau barang rosak?
Bergantung pada keadaan barang yang dipulangkan. Jika barang dipulangkan dalam keadaan baik, belum digunakan dan memang tersalah hantar, tiada kos kepada anda kerana pemulangan diuruskan oleh P2U atau jenama. Jika barang dipulangkan rosak atau tidak dalam keadaan asal, kos akan dicaj ke akaun anda kerana barang itu tidak boleh dijual semula. Ingatkan pelanggan untuk periksa barang sebaik sampai dan laporkan masalah segera, sebelum digunakan.
Berapa lama penghantaran?
Semenanjung Malaysia: 1 hingga 3 hari. Sabah dan Sarawak: 5 hingga 7 hari. Sesetengah pilihan penghantaran ada peraturan sendiri, contohnya penghantaran 99 Speedmart hanya di Lembah Klang dengan pesanan minimum RM550.
Boleh jual di Shopee atau TikTok Shop?
Boleh, tetapi P2U tidak bergabung dengan TikTok atau Shopee, jadi anda uruskan kedai sendiri di platform tersebut. Untuk TikTok, anda perlu cipta Akaun Perniagaan, daftar kedai, muat naik IC dan tetapkan gudang P2U sebagai alamat penghantaran anda. Bahan pemasaran dikongsi di saluran Telegram P2U.
Perlu website sendiri?
Tak perlu. Setiap dealer P2U dapat Minishop sendiri yang boleh dikongsi terus.
Baca juga
Sedia untuk mula?
Download app P2U dan daftar percuma. Tiada yuran, tiada stok, tiada minimum order.
Download App