Apa beza dealer P2U dengan agen biasa?
| Perkara | Agen atau stokis biasa | Dealer P2U |
|---|---|---|
| Modal awal | Perlu beli stok, selalunya ratusan hingga ribuan ringgit | RM0 |
| Simpan stok | Ya | Tidak |
| Pos barang | Sendiri | P2U uruskan |
| Pilihan produk | Satu jenama | Lebih 5,000 produk dari pelbagai jenama |
| Risiko stok tak laku | Ditanggung sendiri | Tiada |
Dua cara jual sebagai dealer
Cara 1: Ambil order untuk mereka. Kumpul order dari kawan dan keluarga, masukkan butiran mereka dalam app P2U dan P2U hantar terus ke rumah mereka. Sesuai untuk yang ramai kenalan tetapi kurang aktif online.
Cara 2: Minishop anda sendiri. Kongsi link kedai online anda. Pelanggan pilih produk, isi butiran dan bayar sendiri. Tiada caj platform. Kedai anda, pelanggan anda, komisen anda.
Selain produk, apa lagi boleh jual?
Dealer P2U juga boleh tawarkan servis bayaran bil (Astro, air, elektrik, telefon dan PTPTN) dan topup prabayar (Digi, Celcom, Maxis dan PIN Touch 'n Go). Setiap transaksi beri komisen. Ini cara mudah untuk dapat pendapatan berulang setiap bulan dari pelanggan yang sama.
Berapa boleh dapat?
Komisen produk marketplace ialah purata 20 hingga 47% setiap jualan. Sehingga Oktober 2026, lebih 20,000 dealer P2U jana lebih RM100 sebulan secara konsisten.
Kalkulator anggaran komisen
Kiraan guna kadar komisen purata 20 hingga 47%. Anggaran sahaja, bukan jaminan.Pendapatan bergantung pada usaha dan jualan anda sendiri. Angka dalam halaman ini hanya contoh, bukan jaminan.
Ganjaran tambahan
- Bonus Jualan Peribadi. Lagi banyak anda jual, lagi besar bonus anda, setiap tahap bawa lebih ganjaran.
- Bonus Jualan Kumpulan. Nak solo atau nak bina pasukan, dua dua boleh untung. Jualan pasukan cuma bermakna lagi banyak bonus untuk anda.
- Bonus Overriding. Setiap jualan rangkaian anda, anda turut untung, tanpa jejaskan bahagian mereka.
- Latihan #P2UAJAR percuma setiap Rabu jam 9 malam.
Kisah dealer
Apa kata pengguna P2U
"Sebagai ex agent SugarBomb, seronoknya dapat komisen macam agent, tanpa modal."
— Putraz"Paling best, aku suruh je family topup dan bayar bil semua kat aku."
— Tya"Best pakai P2U, recommended sangat untuk side income."
— izz"Sebelum ni guna apps lain, daftar RM100, komisen pun sikit. Sekarang guna P2U memang best, boleh buat bisnes."
— Keep.Buy"Sudah download semalam, hari ini cuba jual. Alhamdulillah dapat sambutan."
— Norashila Trading"Dapat RM250 bonus untuk bulan ni, jual 10k. Apps ni sangat bagus."
— Ranie"Boleh tahan la komisen topup berbanding yang lain."
— the_H
Komen sebenar pengguna di media sosial P2U.
Cara jadi dealer P2U
- Muat turun app P2U dari App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.
- Daftar akaun. Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran bulanan dan tiada minimum order.
- Pilih produk, kemudian kongsi link Minishop anda atau ambil order terus dari kenalan.
- P2U bungkus dan hantar barang. Anda dapat komisen.
Soalan lazim
Perlu beli stok minimum?
Tidak. Tiada minimum order.
Boleh jual jenama apa?
Pakaian, wangian, produk kecantikan dan kesihatan, barang dapur dan banyak lagi, termasuk jenama seperti SB Parfum, Tropika, Onthego, Black and White, SugarBomb dan EMCO.
Bila komisen masuk?
Komisen masuk ke Profit Wallet anda sebaik sahaja transaksi berjaya. Anda boleh keluarkan ke akaun bank seminggu sekali, dengan minimum RM11 dan yuran RM1 atau 1%, mengikut mana yang lebih tinggi. Anda juga boleh pindahkan ke Sales Wallet bila bila masa untuk bayar bil atau beli produk dalam aplikasi.
Saya pemilik kedai. Boleh jual produk P2U di kedai saya?
Boleh. Ramai pemilik kedai guna P2U untuk tambah pilihan produk tanpa tambah stok.
Baca juga
Sedia untuk mula?
Download app P2U dan daftar percuma. Tiada yuran, tiada stok, tiada minimum order.
Download App