ACARA LANGSUNG
šŸ”„ PENGHANTARAN PERCUMA KINI DIBUKA! Kongsi pautan MiniShop anda hari ini supaya pelanggan anda boleh membeli-belah tanpa kos penghantaran.Ā Ā Ā KETAHUI LEBIH LANJUT ā†’šŸšš PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK SEMUA PESANAN! Beli-belah kegemaran anda sekarang.Ā Ā Ā BELI SEKARANG →

Dealer atau Dropship?: Kenali Dahulu Sebelum Terjebak

Ramai yang keliru antara model Dealer dan Dropship. Ketahui perbezaan utama dan pilih model yang paling sesuai untuk anda.

Dealer atau Dropship?: Kenali Dahulu Sebelum Terjebak

Dealer atau dropship? Soalan ni selalu ditanya. Tapi sebenarnya, dalam P2U keduanya bukan tahap atau pangkat. Ia cuma cara jual yang berbeza. Pilih mana yang sesuai dengan situasi anda.

Dealer

Sebagai dealer, anda beli produk P2U dan jual ikut cara anda sendiri. Tiada minimum pembelian dan tiada tekanan untuk beli dalam kuantiti besar. Ada yang mulakan dengan beli untuk kegunaan sendiri, lepas tu mula jual bila orang sekeliling tertanya-tanya dari mana dapat.

Dealer biasanya adalah mereka yang dah ada platform jualan sendiri. Kedai fizikal, mini mart, gerai di bazar, atau pelanggan tetap yang dah dibina lama. Margin pun mudah dikira: beli pada harga borong P2U, jual pada harga anda sendiri, simpan perbezaannya. Jual terus kepada pelanggan tanpa platform perantara, keuntungan tu terus masuk poket anda.

Dropship

Dengan dropship, anda promosi tanpa pegang sebarang stok. Kongsi link MiniShop atau senaraikan produk di platform online anda. Bila pelanggan beli, P2U uruskan semua dari stok hingga penghantaran.

Pendapatan anda bergantung pada tempat anda jual. Melalui media sosial atau saluran peribadi sendiri, kos adalah minima. Melalui Shopee atau TikTok Shop, ambil kira yuran platform semasa tetapkan harga.

Jadi Pilih Yang Mana?

Sebenarnya ramai pengguna kami buat kedua-duanya sekali. Tiada jawapan yang salah. Yang penting, setiap produk dalam aplikasi P2U tunjukkan komisen dan margin secara telus supaya anda boleh buat keputusan dengan maklumat yang lengkap di depan mata.

Daftar percuma, lengkapkan KYC, dan mula dengan cara yang paling sesuai untuk anda.

Artikel lain

Sedia untuk mula?

Download app P2U dan daftar percuma. Tiada yuran, tiada stok, tiada minimum order.

Gedung AplikasiGedung MainGaleri Aplikasi
Muat turun Aplikasi
Ā© 2023 - 2026 | Hak cipta terpelihara untuk Products2U SDN. BHD. (1450360-X)
Muat turun Aplikasi