Dealer atau dropship? Soalan ni selalu ditanya. Tapi sebenarnya, dalam P2U keduanya bukan tahap atau pangkat. Ia cuma cara jual yang berbeza. Pilih mana yang sesuai dengan situasi anda.
Dealer
Sebagai dealer, anda beli produk P2U dan jual ikut cara anda sendiri. Tiada minimum pembelian dan tiada tekanan untuk beli dalam kuantiti besar. Ada yang mulakan dengan beli untuk kegunaan sendiri, lepas tu mula jual bila orang sekeliling tertanya-tanya dari mana dapat.
Dealer biasanya adalah mereka yang dah ada platform jualan sendiri. Kedai fizikal, mini mart, gerai di bazar, atau pelanggan tetap yang dah dibina lama. Margin pun mudah dikira: beli pada harga borong P2U, jual pada harga anda sendiri, simpan perbezaannya. Jual terus kepada pelanggan tanpa platform perantara, keuntungan tu terus masuk poket anda.
Dropship
Dengan dropship, anda promosi tanpa pegang sebarang stok. Kongsi link MiniShop atau senaraikan produk di platform online anda. Bila pelanggan beli, P2U uruskan semua dari stok hingga penghantaran.
Pendapatan anda bergantung pada tempat anda jual. Melalui media sosial atau saluran peribadi sendiri, kos adalah minima. Melalui Shopee atau TikTok Shop, ambil kira yuran platform semasa tetapkan harga.
Jadi Pilih Yang Mana?
Sebenarnya ramai pengguna kami buat kedua-duanya sekali. Tiada jawapan yang salah. Yang penting, setiap produk dalam aplikasi P2U tunjukkan komisen dan margin secara telus supaya anda boleh buat keputusan dengan maklumat yang lengkap di depan mata.
Daftar percuma, lengkapkan KYC, dan mula dengan cara yang paling sesuai untuk anda.



