Nak mulakan bisnes tapi tak tahu dari mana? Dengan P2U, anda tak perlu risau pasal modal tinggi, cari supplier atau pilih produk. Semua tu dah ada dalam satu aplikasi. Yang anda perlukan cuma telefon dan semangat nak mula.
Tiada yuran pendaftaran. Muat turun aplikasi, lengkapkan KYC, dan anda dah boleh mula. Lebih 15,000 pengguna sudah menjana pendapatan melalui P2U setiap bulan. Ada yang buat RM100 hingga RM500 sebulan sebagai pendapatan sampingan. Ada yang fokus sepenuhnya dan bawa pulang RM10,000 hingga RM15,000 keuntungan. Bergantung pada usaha anda sendiri.
3 Cara Jual Melalui P2U
Kongsi Link MiniShop Anda
Setiap pengguna P2U ada link MiniShop sendiri. Kongsi di WhatsApp, TikTok, Instagram, Facebook atau Threads. Bila orang beli melalui link anda, anda dapat komisen. Kadar komisen untuk setiap produk tertera dengan jelas dalam aplikasi supaya anda tahu berapa yang akan anda dapat sebelum mula promosi.
Jual di Shopee atau TikTok Shop
Dah ada kedai di Shopee atau TikTok Shop? Senaraikan produk P2U terus dalam kedai anda. Bila pelanggan buat pesanan, anda beli melalui P2U dan P2U uruskan stok dan penghantaran terus kepada pelanggan anda. Anda fokus pada jualan dan konten, P2U uruskan selebihnya. Tapi ambil kira yuran platform semasa tetapkan harga supaya margin anda kekal berbaloi.
Jual Terus Kepada Orang Sekeliling
Tak ada kedai online? Tiada masalah. Beli produk P2U pada harga borong dan jual terus kepada orang sekeliling anda. Bila tiada yuran platform, semua keuntungan di atas harga kos adalah milik anda sepenuhnya.
Buka aplikasi dan semak katalog. Kadar komisen untuk setiap produk ada tertera. Anda yang tentukan apa yang sesuai sebelum buat apa-apa keputusan.
Dah bersedia? Muat turun P2U sekarang dan lihat apa yang boleh anda jana.



