ACARA LANGSUNG
🔥 PENGHANTARAN PERCUMA KINI DIBUKA! Kongsi pautan MiniShop anda hari ini supaya pelanggan anda boleh membeli-belah tanpa kos penghantaran.   KETAHUI LEBIH LANJUT →🚚 PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK SEMUA PESANAN! Beli-belah kegemaran anda sekarang.   BELI SEKARANG →

Bermula dengan Kawan sebagai Pelanggan, kemudian Berkembang

Mommy Zara berhenti kerja demi anak-anak, lalu mula menawarkan servis topup dan bayar bil dari rumah. Kawan-kawan lama menjadi antara pelanggan terawal.

Bermula dengan Kawan sebagai Pelanggan, kemudian Berkembang

Nama Mommy Zaras Trading sendiri cukup istimewa. Nama itu diambil daripada nama tiga orang anaknya, Zara.

Demi membesarkan dan menjaga anak-anak, Mommy Zara mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Tapi berhenti kerja bukan bermaksud berhenti mencari peluang.

Sebagai seorang ibu, beliau mula mencari apa yang boleh dilakukan dari rumah untuk menjana pendapatan sampingan, sambil masih boleh memberi perhatian kepada anak-anak.

Kini, beliau menjalankan servis pembayaran bil dari rumah, dan pada masa yang sama turut menjual insurans.

Sebenarnya, pengalaman bekerja di Starbucks dulu banyak membantu beliau.

Beliau sudah mempunyai ramai kawan dan kenalan yang memang menggunakan servis topup. Jadi apabila mula menawarkan servis melalui P2U, kawan-kawan lama itulah yang menjadi antara pelanggan terawal.

“All in 1, senang, bayar terus”

Sampai hari ini, mereka masih menggunakan servis topup dan pembayaran bil daripada Mommy Zaras.

Daripada sekadar mencari side income, akhirnya terbina satu customer base yang bermula daripada network dan kawan-kawan sendiri.

Kisah Mommy Zaras Trading membuktikan bahawa untuk mula mencari pendapatan sampingan, kita tak semestinya perlu ada kedai besar.

Kadang-kadang, rumah sendiri dan network yang kita sudah ada pun boleh menjadi permulaan.

Dan paling penting, semuanya boleh dilakukan sambil tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Artikel lain

Sedia untuk mula?

Download app P2U dan daftar percuma. Tiada yuran, tiada stok, tiada minimum order.

Gedung AplikasiGedung MainGaleri Aplikasi
Muat turun Aplikasi
© 2023 - 2026 | Hak cipta terpelihara untuk Products2U SDN. BHD. (1450360-X)
Muat turun Aplikasi