Kenapa pesara sesuai jadi dealer
- Rangkaian luas. Bekas rakan sekerja, jiran, ahli surau dan persatuan.
- Dipercayai. Orang lebih yakin membeli dari kenalan yang mereka hormati.
- Ada masa. Boleh layan pelanggan dengan tenang, tanpa tekanan.
- Kekal aktif. Berjumpa dan berbual dengan orang setiap hari.
Pendapatan berulang dari servis bayaran bil
Selain produk, anda boleh bantu jiran bayar bil Astro, air, elektrik dan telefon melalui app Products2U (P2U). Setiap bulan bil yang sama perlu dibayar, jadi pelanggan yang sama akan datang semula. Setiap transaksi beri komisen kepada anda.
Cara guna app, langkah demi langkah
- Buka app P2U dan log masuk.
- Tekan produk yang anda mahu jual.
- Tekan butang kongsi untuk hantar kepada kenalan di WhatsApp.
- Bila kenalan setuju beli, masukkan nama, alamat dan nombor telefon mereka.
- P2U hantar barang. Komisen masuk ke akaun anda.
Minta anak atau cucu bantu kali pertama
Muat turun app dan daftar akaun bersama ahli keluarga. Selepas itu, kebanyakan pesara boleh guna sendiri dalam masa seminggu.
Peringatan penting
P2U tidak akan minta anda bayar apa apa untuk mula, dan tidak akan minta anda labur duit KWSP atau simpanan. Jika ada sesiapa mengaku dari P2U dan minta bayaran, jangan layan dan hubungi kami terus. Baca Adakah P2U sah?
Pendapatan bergantung pada usaha dan jualan anda sendiri. Angka dalam halaman ini hanya contoh, bukan jaminan.
Cara mula
- Muat turun app P2U dari App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.
- Daftar akaun. Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran bulanan dan tiada minimum order.
- Pilih produk, kemudian kongsi link Minishop anda atau ambil order terus dari kenalan.
- P2U bungkus dan hantar barang. Anda dapat komisen.
Soalan lazim
Susah ke guna app P2U?
Tidak. Jika anda boleh guna WhatsApp, anda boleh guna app P2U. Anak atau cucu boleh bantu setup kali pertama.
Ada latihan dalam Bahasa Melayu?
Ada. Kelas #P2UAJAR diadakan secara live di Zoom setiap Rabu jam 9 malam, kebanyakannya dalam Bahasa Melayu dan sedikit Bahasa Inggeris.
Perlu modal untuk mula?
Tidak. Daftar percuma dan tiada stok perlu dibeli.
Baca juga
Sedia untuk mula?
Download app P2U dan daftar percuma. Tiada yuran, tiada stok, tiada minimum order.
Download App