ACARA LANGSUNG
🔥 PENGHANTARAN PERCUMA KINI DIBUKA! Kongsi pautan MiniShop anda hari ini supaya pelanggan anda boleh membeli-belah tanpa kos penghantaran.   KETAHUI LEBIH LANJUT →🚚 PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK SEMUA PESANAN! Beli-belah kegemaran anda sekarang.   BELI SEKARANG →

Alang-alang ada kedai, kita offer servis bayarkan bil sekali

Lebih 14 tahun berniaga berdekatan Kem Terendak, Melaka, Puan Mah dan Cik Auf kini turut menawarkan servis bayar bil kepada pelanggan dan jana komisen.

Alang-alang ada kedai, kita offer servis bayarkan bil sekali

Lebih 14 tahun Puan Mah dan Cik Auf menjalankan perniagaan mereka di Melaka.

Kedai mereka bukan sekadar tempat alter baju tentera dan menjual barangan berkaitan. Lokasinya yang berdekatan dengan Kem Terendak membuatkan ramai anggota tentera datang ke kedai mereka.

Menariknya, di sebelah kedai mereka pula ada sebuah kedai makan yang sudah beroperasi hampir 25 tahun. Jadi, memang ramai pelanggan datang dan pergi di kawasan tersebut.

Daripada situ, Puan Mah dan Cik Auf nampak satu peluang.

Selain menjalankan perniagaan utama, mereka turut menawarkan servis pembayaran bil kepada pelanggan yang datang.

“Nak bayar apa semua ada”

Apa yang membuatkan mereka teruja adalah apabila mengetahui bahawa servis bayar bil ini bukan sahaja memudahkan pelanggan, tetapi mereka juga boleh jana pendapatan melalui komisen.

Sebab itu mereka mula berkongsi dan memperkenalkan servis ini kepada orang sekeliling.

Bagi mereka, kalau pelanggan memang datang ke kedai, apa salahnya dalam masa yang sama kita bantu mereka bayar bil dan pada masa yang sama, kita pun boleh tambah pendapatan.

Semasa kami datang memberikan banner dan bunting, Puan Mah dan Cik Auf memang sangat gembira.

Bagi mereka, dengan adanya bahan promosi ini, lebih ramai orang akan tahu bahawa kedai mereka kini turut menyediakan servis pembayaran bil.

14 tahun membina perniagaan, dan kini menambah satu lagi peluang untuk jana pendapatan.

Artikel lain

Sedia untuk mula?

Download app P2U dan daftar percuma. Tiada yuran, tiada stok, tiada minimum order.

Gedung AplikasiGedung MainGaleri Aplikasi
Muat turun Aplikasi
© 2023 - 2026 | Hak cipta terpelihara untuk Products2U SDN. BHD. (1450360-X)
Muat turun Aplikasi