Cara Mudah Buat Duit Raya

Posted by: Bassel Dabbagh
Category: Knowledge, Tips & Trick, Uncategorized

Hari Raya semakin hampir, dan inilah masanya untuk mengambil peluang-peluang yang ada di depan mata untuk menjana duit raya. Dengan adanya duit raya ini, barulah seronok raya anda tahun ini. Berikut adalah beberapa cara yang mungkin anda pertimbangkan:

1. Jual Kuih Raya

Kuih raya sentiasa menjadi kegemaran semasa musim perayaan. Jika anda mahir membuat kuih, pertimbangkan untuk menjualnya kepada rakan di pejabat, jiran, saudara mara, atau melalui platform online. Jika tidak mahir membuat kuih, cari pembekal kuih raya dan jual secara borong atau secara online.

2. Jual Kurma

Dengan mencari pembekal kurma, anda boleh membeli dan menjual kurma secara online. Permintaan untuk kurma tinggi pada bulan Ramadhan dan kadang masih mencari pada Hari Raya. Nak lebih mudah menjual Kurma, download sahaja App P2U dan anda boleh menjual terus kepada pelanggan anda.

3. Jual Pakaian Solat Raya

Sewaktu sembahyang raya, kita mesti nak kelihatan kemas. Antara barangan yang boleh menjadi pilihan ramai dan mudah dijual ialah telekung dan sejadah yang cantik.

4. Jual Baju Raya

Baju raya selalu dalam permintaan tinggi. Satu baju raya tidak pernah cukup, lebih-lebih lagi nanti mesti ada banyak jemputan open house. Cari pembekal baju raya atau bekerjasama dengan sesiapa yang mahir menjahit untuk menghasilkan dan menjual baju raya.

5. Jual Kerepek

Kerepek tetap laku di musim raya dan di luar musim raya. Beli kerepek dalam jumlah besar, pek semula, dan jual kepada rakan, jiran, atau online.

6. Jual Barangan Kecantikkan

Baju raya dah ada, makanan raya sudah beli, apa lagi yang anda boleh sediakan untuk pelanggan anda? Mestilah barangan kecantikan seperti skincare, makeup atau perfum. Ada banyak barangan kecantikan yang anda boleh lakukan dropship sekiranya anda ada masalah modal.

Kesimpulannya, mungkin anda boleh fokus pada satu produk pada permulaan, dan jika mendapat sambutan, anda boleh memperluas jenis produk yang dijual. Semoga tips ini membantu anda memulakan langkah pertama dalam menjana pendapatan sampingan menjelang Hari Raya. Kalau nak mudah, download saja App P2U, dan anda boleh terus menjual tanpa perlu bersusah payah mencari supplier atau memegang sebarang stok. Kalau anda ada sebarang soalan, boleh hubungi team support kami.   Muat turun sekarang aplikasi Products2U

 

 

Author: Bassel Dabbagh

Leave a Reply

en_USEnglish